• 2 'Bapak Ayam' Dicekup

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    Dua lelaki diberkas polis selepas mengeksploitasi wanita warga asing bagi tujuan seks melalui telefon di hotel di Jalan Raja Uda, Butterworth, 9.30 malam tadi.

    Serbuan 9.30 malam itu dilakukan hasil risikan susulan maklumat mengenai kegiatan pelacuran di hotel berkenaan.

    Dalam serbuan membabitkan sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara (IPDSPU) itu, dua lelaki dipercayai 'bapa ayam' dicekup.

    Ketua Polis SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, susulan penahanan suspek berusia 20 dan 29 tahun, pihaknya merampas telefon bimbit yang digunakan untuk berurusan dengan pelanggan.

    Beliau berkata, hasil soal siasat, suspek kemudian membawa polis ke sebuah bilik yang menempatkan empat wanita yang diperdagangkan untuk tujuan seks.

    "Tiga daripada mangsa adalah warga Thailand berusia antara 23 dan 32 tahun dan seorang warga Loas berusia 23 tahun.

    "Polis turut menemui tuala, tisu, kondom serta pelincir dipercayai digunakan dalam kegiatan seks," katanya.

    Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan suspek serta mangsa yang diselamatkan dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk siasatan lanjut.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 2 'Bapak Ayam' Dicekup "