• 14 Tahun Dikurung, Sakit Mental Pulih

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+


    BORONG - INDONESIA . Bila saya boleh pulang? Pertanyaan itu sering dilontarkan Eduardus Leghu, 51, dari pintu pagar Pusat Asuhan Renceng Mose di wilayah Manggarai, setiap kali ahli keluarganya datang melawat.

    Selepas mendiami kemudahan itu selama 14 tahun, Eduardus yang turut mengalami masalah mental akhirnya pulang ke rumah selepas pulih.

    Bapanya, Joseph Ndoi tidak dapat meluahkan rasa gembira kerana anak lelakinya itu dapat pulih selepas 14 tahun 'dikurung'.

    "Saya gembira dan bersyukur kerana keajaiban berlaku dalam keluarga saya," katanya dalam keadaan sebak.

    Menurut Ketua Seksyen Keselamatan Sosial di Perkhidmatan Sosial Timur Manggarai, Marna, kegembiraan ibu bapa Eduardus juga adalah kejayaan kerajaan.

    "Tugas kami adalah untuk berkhidmat kepada rakyat Manggarai Timur supaya mental mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat," katanya. - Kompas/Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " 14 Tahun Dikurung, Sakit Mental Pulih "