• 126 Dipindah Akibat Banjir Di Sarawak

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Miri: Seramai 126 penduduk di kawasan tengah dan utara Sarawak dipindahkan akibat banjir malam tadi sehingga jam 8 pagi ini.

    Mereka adalah penduduk dari daerah Lawas, Limbang dan Tatau. Semua penduduk ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah masing-masing.

    Pusat Gerakan Operasi Banjir Sarawak melaporkan kebanyakan mangsa banjir itu adalah dari Lawas iaitu seramai 73 penduduk, diikuti Limbang (32 orang) dan Tatau (21 orang).

    Jurucakap pusat itu berkata, semua penduduk terbabit ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu di Kampung Lubai Abas dan Dewan Masyarakat Trusan di Lawas.

    "Manakala, di Limbang semua mangsa banjir ditempatkan di Dewan Masyarakat Mendamit dan di Tatau mereka ditempatkan di Dewan Sukan Tatau,"katanya hari ini.

    Beliau berkata, memandangkan keadaan cuaca tidak menentu semua penduduk di Sarawak diminta mengambil langkah berjaga-jaga. - BH
  • No Comment to " 126 Dipindah Akibat Banjir Di Sarawak "