• 10,000 Pelajar IPT Ddaftar Perniagaan Dengan SSM

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Seramai 10,000 pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

    Ketua Unit Keusahawanan dan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datin Dr Syahira Hamidon, berkata pelajar terbabit memulakan perniagaan sendiri melalui pelbagai program keusahawanan di institusi masing-masing.

    "Kebanyakan pelajar menjalankan perniagaan mereka secara dalam talian kerana mereka perlu mengutamakan pelajaran," katanya kepada BERNAMA.

    Syahira berkata, pelbagai program keusahawanan dijalankan kerajaan berjaya meningkatkan pembabitan pelajar dalam bidang itu kepada 60 peratus tahun ini berbanding 20 peratus pada 2012.

    "Memang tidak semua pelajar berminat dalam bidang keusahawanan ini tetapi melalui program yang dijalankan mereka mampu berfikir untuk menjadi usahawan," katanya.

    Kementerian itu juga menjalankan kerjasama dengan pihak industri dan agensi seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan SSM untuk menyediakan platform bagi pelajar menjalankan perniagaan. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 10,000 Pelajar IPT Ddaftar Perniagaan Dengan SSM "