• 100 sekolah bakal dilengkapi CCTV HD

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+
    gambar hiasan

    KUALA LUMPUR: Sebanyak 100 sekolah di seluruh negara bakal dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) berpusat yang mampu dipantau terus Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Kemudahan ini bukan saja mampu menangani gejala sosial malah memastikan keselamatan sekolah daripada diceroboh.

    Difahamkan Kementerian Pendidikan kini dalam rangka mengemaskini serta memperkenalkan CCTV lebih canggih.

    Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata, langkah itu adalah salah satu proses menggantikan unit CCTV lama di setiap sekolah dengan sistem CCTV baru berdefinisi tinggi (HD) dalam usaha memantau sebarang perbuatan jenayah serta mengawal keselamatan sekolah.

    Katanya, pada masa kini, CCTV yang digunakan sudah jauh ketinggalan dan sebarang video yang dirakam kebanyakannya tidak jelas.

    “Jadi kini kami dalam usaha untuk menggantikan setiap CCTV dengan unit lebih canggih menggunakan definisi tinggi.

    “Ini kerana rakaman video ini bukan sekadar boleh digunakan sebagai bukti kewujudan jenayah di sekolah, sebaliknya bagi mengesan penjenayah selain memantau keselamatan sekolah,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Kempen Membanteras Jenayah Untuk Sekolah yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Yee, di sini semalam.

    Menurut, kemudahan CCTV sedia ada tidak mampu memaparkan rakaman dengan jelas seperti nombor pendaftaran kenderaan serta wajah penjenayah.

    “Kami berterima kasih kepada Gamma Solution Sdn Bhd kerana sanggup membiayai serta menyumbang unit CCTV di 100 sekolah seluruh negara.

    “Dengan adanya CCTV berkualiti tinggi disambungkan terus kepada polis, ia membolehkan sebarang tindakan mengesan serta mencegah jenayah diambil dengan pantas serta berkesan,” katanya.-Hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " 100 sekolah bakal dilengkapi CCTV HD "