• 10 Mayat Dalam Satu Kubur

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    YANGON: Tentera Myanmar menemui 10 mayat dalam sebuah kubur besar di perkampungan Rohingya di Rakhine, pusat keganasan yang mencetuskan krisis pelarian di rantau itu.

    “Satu siasatan dijalankan untuk mengenal pasti penemuan kubur itu.

    “Tindakan akan diambil berdasarkan undang-undang jika anggota keselamatan didapati terbabit,” kata ketua tentera dalam satu kenyataan di Facebook.

    Seorang anggota pasukan penggalian berkata, keadaan mayat yang reput menunjukkan mangsa tidak dibunuh baru-baru ini.

    Penemuan kubur besar di kampung Inn Dinn, di Maungdaw itu berlaku seminggu selepas penahanan dua wartawan Reuters yang membuat liputan krisis di Rakhine.

    Penyiasat bebas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai krisis di Myanmar memberitahu, dia dilarang mengunjungi negara itu sepanjang tempoh pelantikannya.

    Wakil khas PBB, Yanghee Lee, dijangka mengunjungi Myanmar Januari depan bagi menilai hak asasi manusia termasuk dakwaan penderaan ke atas etnik Rohingya.

    Bagaimanapun, Yanghee memberitahu, Myanmar enggan bekerjasama dan melarangnya masuk ke negara itu. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " 10 Mayat Dalam Satu Kubur "