• 1 Maut, 60 Cedera, Hab Gas Terbesar Austria Meletup

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    VIENNA: Satu letupan menggegarkan hab jaringan paip gas terbesar di Austria hari ini, menyebabkan seorang maut manakala 60 lain cedera, kata polis.

    Bagaimanapun, perkhidmatan kecemasan melaporkan 18 lain cedera dalam insiden itu.

    Insiden berlaku di timur ibu kota ini di Baumgarten, pusat penerimaan terbesar Austria dan hab agihan utama gas yang diimport dari Russia, Norway dan tempat lain.

    "Satu letupan kedengaran jam 8.45 pagi waktu tempatan, sebelum api marak. Keadaan masih terkawal," kata jurucakap polis, Edmund Tragschitz menambah punca kebakaran tidak dipastikan.

    Tragschitz sebelum itu meletakkan jumlah mangsa yang cedera termasuk seorang yang parah sekitar 60 orang.

    Akhbar The Kronen-Zeitung menerusi laman webnya melaporkan, kira-kira 60 mangsa cedera dan pasukan bomba dari beberapa balai berdekatan dihubungi bagi memadam kebakaran.

    Hab gas Baumgarten terletak berhampiran sempadan timur Austria dengan Slovakia. Ia juga antara hab gas terpenting Eropah yang mengendalikan kira-kira 40 bilion meter padu bekalan itu setahun -AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 1 Maut, 60 Cedera, Hab Gas Terbesar Austria Meletup "