• Zlatan bukan lagi Pemain Terbaik Sweden

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+


    STOCKHOLM: Penguasaan Zlatan Ibrahimovic selaku pemain terbaik Sweden untuk tempoh 10 tahun berakhir apabila pertahanan Krasnodar, Andreas Granqvist memenangi anugerah Bola Emas 2017 negara itu.

    Ibrahimovic yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa selepas prestasi hambar Sweden pada Kejohanan Eropah 2016 mendominasi anugerah itu sejak 2007 hingga 2016 dan memenanginya sebanyak 11 kali secara keseluruhan.

    Granqvist yang menggantikan Ibrahimovic sebagai kapten Sweden mengemudi pasukan itu mara ke Piala Dunia 2018 selepas menundukkan Itali 1-0 secara agregat pada aksi 'play-off'.

    Bagaimanapun, penyerang berusia 36 tahun itu yang kembali beraksi buat Manchester United selepas pulih daripada kecederaan lutut yang serius tidak pulang dengan tangan kosong.

    Prestasinya bersama skuad The Red Devils membolehkan dia menggondol anugerah penyerang terbaik.

    Anugerah Bola Berlian untuk pemain terbaik wanita jatuh kepada pemain tengah menyerang Linkoping FC, Kosovare Asllani yang kembali ke Sweden selepas lima musim beraksi bersama Paris Saint Germain serta Manchester City. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Zlatan bukan lagi Pemain Terbaik Sweden "