• Zahid Lawat Mangsa Banjir Pulau Pinang

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora, Tasek Gelugor, hari ini.

    Ahmad Zahid tiba 11.45 pagi diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

    Beliau hadir untuk melihat sendiri bantuan yang diberikan agensi kerajaan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat berkenaan termasuk bertanyakan khabar mereka.

    Pusat pemindahan di SK Padang Menora menempatkan seramai 302 orang daripada 73 keluarga dari beberapa kawasan kampung yang terjejas.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Zahid Lawat Mangsa Banjir Pulau Pinang "