• 'Yang Layak, Jangan Lupa Mohon BR1M'

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    SHAH ALAM - Perdana Menteri mengingatkan rakyat yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) supaya segera memohon bantuan tersebut, sekiranya masih belum berbuat demikian.

    Menerusi perkongsian di Facebooknya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, permohonan boleh dibuat bermula semalam sehingga hujung tahun ini.

    "Kepada yang layak, jangan lupa mohon dan kemas kini #BR1M2018 untuk dapatkan pembayaran sehingga RM1,200, bermula hari ini hingga 31 Disember 2017 di https://ebr1m.hasil.gov.my/," kongsinya di Facebook.

    Terdahulu Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan, permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian melalui portal rasmi BR1M.

    Sebelum ini Najib, semasa membentangkan Bajet 2018 mengumumkan pemberian BR1M pada tahun hadapan akan diteruskan dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200.

    Katanya,BR1M akan terus memberi manfaat kepada tujuh juta penerima.

    "Sejak diperkenalkan, BR1M diterima rakyat dengan senang hati, jelas sekali I merupakan bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang Ben-Gurion memerlukan.

    "Sehubungan itu, BR1M tahun ini memanfaatkan tujuh penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion," katanya dalam pembentangan Bajet 2018 di Parlimen, Oktober lalu.

    -Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " 'Yang Layak, Jangan Lupa Mohon BR1M' "