• Wujudkah BR1M Jika Pembangkang Memerintah?

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+
    Pada awal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilaksanakan, pembangkang adalah pihak yang cuba menggagalkan supaya ia tidak menjadi realiti. Pembangkang cuba mempolitikan BR1M dengan mendakwa ia merupakan rasuah untuk memancing undi.

    Setelah beberapa tahun BR1M dilaksanakan, rakyat sudah dapat menilai apa tujuan bantuan berkenaan terhadap rakyat. RM600 adalah jumlah bantuan yang diagih kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah pada awal dilaksana, dan semakin meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan kemampuan kerajaan.

    Hari ini ia mencecah RM1200 setahun dan diagih secara berperingkat. Tidak dinafikan juga rakyat menerima kebaikan BR1M dan buktinya ramai yang mula mengerumuni kaunter LHDN untuk mendaftar permohonan mahupun mengemaskini BR1M.

    Persoalannya kini, apa akan jadi selepas Pilihanraya ke 14 (PRU14) nanti jika pembangkang yang menguasai kepimpinan negara. Adakah pembangkang akan meneruskan BR1M yang selama ini mereka gelar sebagai rasuah?

    Ada kemungkinan pembangkang akan meneruskan bantuan tersebut seperti apa yang tercatit dalam manifesto. Namun tidak jelas struktur pengagihan BR1M versi pembangkang.

    Satu lagi persoalan, bagaimana pembangkang akan mendapat sumber untuk pengagihan BR1M sedangkan mereka lebih memfokus keselesaan penduduk di Semenanjung seperti menghapuskan tol, memberi pendidikan percuma dan banyak lagi dijanjikan percuma.

    Perkara sedemikian yang menjadi tanda tanya rakyat pada masa kini walhal kerajaan hari ini berjaya mengurus pengagihan BR1M dengan baik dan jumlah agihan meningkat mengikut kemampuan ekonomi negara. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Wujudkah BR1M Jika Pembangkang Memerintah? "