• WIEF13 Landasan Kongsi Ilmu, Pengalaman

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-13 (WIEF13), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Menurutnya, ia merupakan landasan terbaik untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

    "Sarawak sedang menghadapi transformasi sosio ekonomi daripada negeri pertanian kepada pembangunan ekonomi baharu termasuk minyak dan gas, pertanian komersil, teknologi tinggi dan sektor perkhidmatan," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Ketua Menteri berharap agar semua delegasi yang menyertai forum tersebut dapat mencari peluang untuk meneroka keunikan tempat pelancongan yang ditawarkan di Sarawak.

    "Sarawak merupakan negeri yang unik dan amat dikenali dengan kekayaan khazanah alam semula jadi, budaya serta pengembaraan yang berbeza.

    "Malah, kami juga mempunyai lebih 28 suku kaum yang tinggal dalam keadaan aman dan harmoni, jadi ambillah peluang untuk meneroka keunikan yang kami tawarkan ini," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " WIEF13 Landasan Kongsi Ilmu, Pengalaman "