• Wartawan Malaysia Dihadap Ke Mahkamah

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+


    Seorang jurukamera warga Singapura dan seorang rakyat Malaysia yang bertugas sebagai produser dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat, dua minggu selepas mereka ditahan ketika sedang membuat liputan berita untuk Turkish Radio and Television Corporation (TRT).

    The Straits Times difahamkan Lau Hon Meng, 43, dan Mok Choy Lin, 47, selain seorang penterjemah tempatan Aung Naing Soe dan pemandu, Hla Tin ditahan di mahkamah sementara menunggu tempoh dihadapkan ke mahkamah.

    Mereka didakwa cuba menggunakan drone untuk merekodkan imej video bangunan Hluttaw di Myanmar tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa.

    Dua warga tempatan juga ditahan di dalam penjara sejak itu sementara menunggu siasatan selesai.

    Malah kediaman Aung di Yangon turut diserbu polis dengan beberapa kad memori turut dirampas.

    Polis memberitahu The Straits Time selepas penahanan mereka bahawa kesemua suspek ditahan kerana melanggar undang-undang mengenai import dan eksport.

    Jika didapati bersalah mereka boleh dihukum penjara selama tiga tahun.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Wartawan Malaysia Dihadap Ke Mahkamah "