• Waris Pejuang Kemerdekaan Sarawak Rosli Dhoby Meninggal Dunia

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    SIBU: Waris pejuang kemerdekaan Sarawak, Allahyarham Rosli Dhoby, meninggal dunia, awal pagi tadi.

    Bolhassan Aini Dhoby, 54,disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu selepas diserang angin ahmar sejak beberapa hari lalu pada jam 4 pagi tadi.

    Allahyarham yang sering menjadi rujukan untuk mendapatkan maklumat mengenai bapa saudaranya khususnya dalam perjuangan kemerdekaan Sarawak sepanjang hayat beliau.

    Allahyarham yang bertugas di Jabatan Hutan Sarawak turut menyimpan barangan yang pernah dimiliki bapa saudaranya itu.

    Antara barangan bersejarah yang masih dalam simpanan Bolhassan ialah warkah terakhir tulisan tangan Rosli kepada ibu bapanya sebelum dihukum gantung penjajah British pada 2 Mac 1950 selepas didapati bersalah membunuh Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart.

    Barangan lain yang disimpan dengan baik ialah sehelai kemeja dan baju perisai yang dipakai Rosli ketika membunuh Gabenor British itu.-BH


  • No Comment to " Waris Pejuang Kemerdekaan Sarawak Rosli Dhoby Meninggal Dunia "