• Warga Emas Jerut Anak OKU Hingga Mati

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+


    GARA-GARA khuatir tiada siapa dapat menjaga anak lelakinya yang tergolong dalam kalangan orang kurang upaya (OKU), seorang ibu tekad membunuh anaknya itu di Guangdong, China.

    Tertuduh, Huang berusia 83 tahun dihukum penjara tiga tahun namun Mahkamah Perantaraan Rakyat daerah Yuexiu Guangzhou menggantung hukuman itu selama empat tahun sebelum dijalankan pada 26 Oktober.

    Warga emas itu mengaku ke atas pembunuhan tersebut pada perbicaraan pertama di mahkamah pada 9 Mei.

    Huang berkata dia menjaga mangsa, Li, 46 tahun yang dilahirkan dengan beberapa kecacatan sebelum membuat keputusan tersebut (membunuh).

    Menurut Daily Mail UK, kejadian itu berlaku pada 9 Mei, apabila wanita terbabit telah memberi pil tidur lebih dos, di rumahnya di Yuexiu daerah Guangzhou, Wilayah Guangdong.

    Lebih menyedihkan, dia turut menutup mulut anak lelakinya dengan selimut sambil mencekik mangsa.

    Dia rela hati menyerahkan diri kepada pihak polis serta menjelaskan bahawa anaknya dilahirkan dengan kecacatan mental dan fizikal menyebabkan Li menghadapi masalah untuk bercakap dan berjalan.

    "Ibu juga enggan menghantar Li ke rumah penjaga dan pusat komuniti," kata anak lelaki sulung Huang.

    Huang menyatakan dia menghadapi kesulitan menjaga anaknya pada dua tahun lepas kerana semakin tua.

    "Saya sangat risau jika saya yang dah tiada sebelum dia dan saya tak mahu menyerahkan tanggungjawab ini kepada anak sulung saya," kata tertuduh.

    Pendakwa raya, Qiu Lingzhu berkata penangguhan hukuman boleh diberikan berikutan umur tertuduh melepasi 75 tahun dan kes ini tidak serius seperti kes jenayah lain.

    Keluarga Huang juga membuat surat rayuan untuk membuktikan bahawa kasih sayang wanita tua kepada anaknya.

    Presiden dan Ketua Hakim Wan Yun Feng, memutuskan hukuman di atas dakwaan pembunuhan adalah disengajakan. - Astro Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Warga Emas Jerut Anak OKU Hingga Mati "