• Wanita Teguk Racun, Disyaki Tertekan Hutang Belajar

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+

    JELEBU : Seorang wanita berusia 44 tahun meneguk racun di rumahnya selepas disyaki tertekan untuk menjelaskan hutang pengajian.

    Mulut perempuan itu berbuih disedari anak lelakinya di kediaman di Simpang Durian, di sini, dalam kejadian 1 tengah hari semalam.

    Ketua polis daerah Jelebu berkata wanita itu ditemui terbaring dalam stor oleh kanak-kanak itu, 11, lapor Harian Metro.

    "Sehubungan itu, anak wanita itu memberitahu neneknya mengenai kejadian itu. Wanita itu kemudian menghubungi menantunya," DSP Kamarul Rizal Jenal dilaporkan berkata.

    "Berdasarkan siasatan, wanita ini dikatakan kemurungan di samping tertekan selepas diminta menjelaskan hutang pengajian."

    Katanya lagi, suami mangsa, berada di Kuala Pilah bergegas pulang membawa isterinya ke Hospital Tuanku Jaafar dan dia kini dilapor stabil. - malayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Teguk Racun, Disyaki Tertekan Hutang Belajar "