• Wanita Nazak Mahu Lihat Pantai Kali Terakhir

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    Seorang pesakit yang sedang nazak diberikan peluang melihat pantai untuk kali terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya. Pesakit perempuan itu masih di atas katil hospital ketika dia dibawa melawat Hervey Bay di Queensland.

    Dia dibawa oleh ambulans ke pantai terbabit selepas memberitahu kakitangan paramedik bahawa dia mahu melihat pantai untuk kali terakhir.

    “Pasukan paramedik kemudiannya mengambil inisiatif untuk membolehkan impian pesakit itu tercapai dan bagi memberikannya peluang melawat pantai.

    “Kadang kala bukan ubat, latihan atau kemahiran sebaliknya apa yang anda perlukan ialah simpati untuk menjadikan ia sesuatu yang berbeza,” kata pegawai yang bertugas di Hervey Bay, Helen Donaldson.

    Gambar pesakit itu yang sedang memerhatikan pantai dan laut itu,telah dikongsi di media sosial dan mendapat lebih 18,000 likes serta 5,000 komen dalam masa lima jam.

    Ia juga menyebabkan netizen mengalir air mata menyaksikan bagaimana pesakit itu menghabiskan sisa hidupnya sebelum menghembuskan nafas.

    “Pasukan paramedik sepatutnya mendapat pujian. Ia tidak perlukan apa apa kos, hanya lima minit daripada masa mereka,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Nazak Mahu Lihat Pantai Kali Terakhir "