• [VID] Aksi Cemas Polis Tembak Mati Dua Perompak Sambil Kendong Anak

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    SEPERTI aksi dalam filem, seorang anggota polis dengan tangkas dan berani menumpaskan dua penjenayah dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan sambil mengendong anaknya dalam kejadian rompakan di Limpo Paulista, Brazil.

    Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Sarjan Rafael Souza berjaya menembak mati dua perompak bersenjata dalam cubaan merompak di sebuah kedai farmasi, lapor agensi berita antarabangsa.

    Ketika kejadian menecemaskan itu, Souza yang sedang mengendong bayi lelakinya dan bersama isteri memasuki kedai farmasi berkenaan sebelum dua penjenayah terbabit menyerbu masuk.

    Menurut stesen radio Brazil, salah seorang suspek yang dikenali sebagai Jefferson Alves, 24, bertindak mengacukan pistol ke arah Souza selepas dia memberitahu dirinya adalah pegawai polis.

    Bagaimanapun, Souza bertindak pantas mengeluarkan pistol sebelum melepaskan tembakan ke arah suspek pertama.


    Rakaman insiden dramatik dan mendebarkan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai tersebut, memaparkan Souza yang sedang memegang anaknya melepaskan tiga das tembakan ke arah Alves.

    Dalam serangan balas itu, Souza berjaya menembak Alves sebelum dia kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah perompak kedua, yang berusia 22 tahun.

    Rakaman juga menunjukkan Souza kemudian menyerahkan anak yang dikendong kepada isterinya, yang dilihat sedang menyorok di belakang rak.

    Menurut Souza, suspek pertama berniat menembak dia dan bayinya, dan kerana itulah dia bertindak pantas menembak lelaki itu dari jarak dekat sebelum meneruskan tembakan terhadap suspek kedua.

    Difahamkan, kedua-dua perompak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - MalaysianDigest

    Subjects:

  • No Comment to " [VID] Aksi Cemas Polis Tembak Mati Dua Perompak Sambil Kendong Anak "