• Usul Perjanjian MA63 Dibentang Pada Persidangan DUN

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Usul mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bakal dibentang kerajaan negeri pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung dari 8 hingga 17 November ini.

    "Usul tersebut akan dicadangkan oleh Timbalan Ketua Mengeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan akan disokong oleh Tan Sri James Masing," kata Speaker DUN Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Asfia memberitahu ia adalah susulan daripada lawatan pasukan perundangan Sarawak ke London sebelum ini.

    "Terdapat keperluan segera untuk mendapatkan sokongan daripada DUN berhubung hak-hak Sarawak, seperti Akta Laut Wilayah dan sebagainya," ujar beliau. - Sarawakiana

  • No Comment to " Usul Perjanjian MA63 Dibentang Pada Persidangan DUN "