• Usaha kesan pekerja kilang simen diteruskan

    Published: Saturday, 4 November 2017
    A- A+

    RAWANG: Usaha mencari tiga pekerja kilang simen dikhuatiri terjatuh ke tangki diesel yang meletup dan terbakar di sini, diteruskan pagi ini.

    Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata usaha memindahkan 750,000 liter diesel dari tangki berkenaan masih dijalankan sejak malam tadi.

    "Operasi memindahkan diesel dimulakan jam 9.45 malam tadi dan separuh daripada minyak berkenaan berjaya dipindahkan menggunakan tujuh lori tangki sehingga awal pagi tadi.
    K
    "Kita terpaksa mengeringkan tangki berkenaan bagi membolehkan pasukan bomba melakukan pencarian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, tiga pekerja warga tempatan berusia antara 28 hingga 49 tahun sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki sebelum letupan berlaku, menyebabkan mereka terjatuh ke dalamnya.

    Mohd Sani berkata, tiga jentera dari Balai Bomba Rawang, Selayang dan Batu Arang dengan 30 anggota terbabit dalam operasi memadam kebakaran.-

    "Kebakaran dipadamkan selepas 30 minit dan kini memberi tumpuan terhadap usaha mengeluarkan mangsa," katanya.-bhpne0

    Subjects:

  • No Comment to " Usaha kesan pekerja kilang simen diteruskan "