• Uqasha, Hefny bakal bertunang

    Published: Saturday, 4 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Pelakon popular Uqasha Senrose bakal mengikat tali pertunangan dengan pengacara, Hefny Sahad setelah lebih setahun bercinta.

    Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 25, berkongsikan khabar gembira itu ketika hadir pada majlis Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

    "Dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai saya. Kedua-dua belah keluarga juga telah berjumpa dan mereka merestui hubungan kami.

    "Kami mempunyai perancangan untuk membawa hubungan ini lebih serius tetapi segalanya masih dalam perancangan kerana kedua-dua juga sibuk dengan jadual kerja masing-masing," katanya kepada Kosmo! Online.

    Pelakon drama rantaian Sebenarnya, Saya Isteri Dia itu bagaimanapun tidak memperincikan mengenai majlis bertunangan selain mengharapkan agar diberi ruang untuk mereka membuat keputusan.

    "Insya-Allah sekiranya perancangan itu berlaku saya akan kongsikan semuanya kepada peminat. Namun, buat masa sekarang harap diberi waktu untuk kami menguruskan kerjaya masing-masing," jelasnya.

    Hubungan pasangan itu mula diketahui umum sejak Hefny atau Muhammad Hefny Sahad, 30, mengumumkan serius bercinta dengan Uqasha pada minggu lalu.-kosmo



    Subjects:

  • No Comment to " Uqasha, Hefny bakal bertunang "