• UNESCO Umum 64 Bandar Raya Kreatif Dunia

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Sebanyak 64 bandar raya daripada 44 negara dinobatkan sebagai Bandar Raya Kreatif Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

    Ketua Pengarahnya, Irina Bokova, berkata bandar raya terbabit menyertai rangkaian di barisan hadapan UNESCO dalam usaha untuk memupuk inovasi dan kreativiti sebagai pemacu utama ke arah pembangunan bandar yang lebih mampan dan inklusif.

    "Rancangan baharu ini mempamerkan kepelbagaian yang dipertingkatkan dalam profil dan geografi bandar raya yang seimbang dengan 19 bandar raya yang sebelum ini tidak diwakili dalam rangkaian berkenaan.

    "Kerangka kerjasama yang dicadangkan itu bertujuan memupuk calon bandar raya dari Afrika - Keutamaan Global UNESCO - benar-benar mencapai kejayaan dengan penyertaan sembilan kota raya dari benua itu ke dalam rangkaian," katanya seperti yang dipetik dari laman web UNESCO.

    Rangkaian Bandar Raya Kreatif UNESCO itu diwujudkan sejak 2004 yang menyerlahkan kreativiti anggotanya dalam tiga bidang, iaitu kraftangan dan seni rakyat; reka bentuk; filem; gastronomi; sastera, seni media dan muzik

    Bagi bidang gastronomi yang diwakili Alba, Itali; Buenaventura, Colombia; Cochabamba, Bolivia; Hatay Metropolitan Municipality, Turki; Macao, China; Panama City, Panama; Paraty, Brazil dan San Antonio, Amerika Syarikat.

    Muzik pula ialah Almaty, Kazakhstan; Amarante, Portugal; Auckland, New Zealand; Brno, Czechia; Chennai, India; Daegu Metropolitan City, Korea; Frutillar, Chile; Kansas City, Amerika Syarikat; Morelia, Mexico; Norrköping, Sweden; Pesaro, Itali dan Praia, Cabo Verde.

    Kraftangan dan seni rakyat pula ialah Baguio City, Filipina; Barcelos, Portugal; Kaherah, Mesir; Carrara, Itali; Chiang Mai, Thailand; Chordeleg, Ecuador; Gabrovo, Bulgaria; João Pessoa, Brazil; Kütahya, Turki; Limoges, Perancis; Madaba, Jordan; Ouagadougou, Burkina Faso; Porto-Novo, Benin; Sheki Azerbaijan; Sokodé, Togo; Tétouan, Maghribi dan Tunis, Tunisia.

    Seni Media ialah Braga, Portugal; Changsha, China; Guadalajara, Mexico; Košice, Slovakia dan Toronto, Kanada

    Reka bentuk ialah Brasilia, Brazil; Cape Town, Afrika Selatan; Dubai, United Arab Emirates; Istanbul, Turki; Kolding, Denmark; Kortrijk, Belgium; Mexico City, Mexico dan Wuhan, China.

    Filem ialah Bristol, United Kingdom dan Northern Ireland; Łód, Poland; Qingdao, China; Terrassa, Sepanyol dan Yamagata City, Japan.

    Sastera ialah Bucheon, Korea; Durban, Afrika Selatan; Lillehammer, Norway; Manchester, United Kingdom (UK); Milan, Itali; Québec City, Kanada; Seattle, Amerika Syarikat dan Utrecht, Belanda.

    Di sebalik perbezaan secara geografi, demografi dan ekonomi, semua Bandar Raya Kreatif bertekad untuk membangun dan saling bertukar amalan inovatif terbaik untuk mempromosi industri kreatif, memperkukuh penyertaan dalam kehidupan berbudaya dan mengintegrasi kebudayaan ke dalam polisi pembangunan bandar lestari.

    Dalam kerangka kerja yang diterapkan oleh Agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030 untuk Pembangunan Lestari dan Agenda Bandar Baharu, Rangkaian itu menyediakan platform kepada bandar raya untuk mempersembahkan peranan budaya dalam sebagai pemboleh dalam pembinaan bandar lestari.

    Mesyuarat Tahunan Rangkaian Bandar Raya Kreatif seterusnya dijadualkan berlangsung di Krakow dan Katowice, Poland pada Jun tahun depan.

    Subjects:

  • No Comment to " UNESCO Umum 64 Bandar Raya Kreatif Dunia "