• Ukraine Mahu Bekal Ayam, Itik Ke Malaysia

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    PETALING JAYA: Syarikat tenusu dan ayam itik di Ukraine dilaporkan berhasrat menjadi pembekal produk mereka kepada Malaysia, selepas laporan sebelum ini mengenai rundingan dengan pihak berkuasa Indonesia untuk membekalkan bahan itu.

    “Beberapa syarikat tenusu, ayam itik dan telur di Ukraine sudha pun menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Malaysia,” kata perkhidmatan keselamatan makanan negara itu dipetik Reuters.

    Ukraine adalah antara pengeluar dan pengeksport terbesar bijirin dan minyak bunga matahari, dan sebelum ini sudah mengeksport gandum, tepung, kacang pis dan minyak bunga matahari ke Malaysia.

    Minggu lepas, Jakarta Post melaporkan Malaysia merancang untuk mengimport ayam dan itik dari Indonesia seawal tahun depan.

    Bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Veterinar menafikan laporan itu, dan berkata ia hanya disebut dalam perbincangan berkaitan isu import dan eksport produk haiwan antara jabatan itu dan Perkhidmatan Ternakan Indonesia (DGLS), tanpa sebarang keputusan muktamad. - FMT

    Subjects:

  • No Comment to " Ukraine Mahu Bekal Ayam, Itik Ke Malaysia "