• Uggah Akan Bentang Usul NCR Mei 2018 - Masing

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan membentangkan usul Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

    "Beliau (Uggah) sudah berjanji akan membentangkan usul berkaitan NCR pada persidangan DUN yang dijaualkan Mei 2018," kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau meminta semua pihak supaya bersabar dan memberi kepercayaan penuh kepada Uggah serta Jawatankuasa Khas Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) untuk menyelesaikan segala isu-isu yang berkaitan.

    "Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menunggu hingga Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyelesaikan tugasnya, mencari penyelesaian terbaik kepada semua isu berkaitan NCR.

    "PRS sedia memberi pandangan atau input jika diperlukan," tambah beliau.

    Dalam perkembangan berkaitan, Masing menjelaskan bahawa tiada perbalahan berlaku di antara PRS dan Parti Bumiputera Bersatu (PBB) berhubung kemungkinan pindaan NCR (Seksyen 5 Kanun Tanah Negeri). - Sarawakiana
  • No Comment to " Uggah Akan Bentang Usul NCR Mei 2018 - Masing "