• UFO ‘Dikejar’ Helikopter Tentera di AS

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+


    KELIBAT objek terbang tidak dikenali (UFO) termasuk 25 buah objek berbentuk bulat yang kelihatan seperti 'bas terbang' dan UFO berbentuk segi tiga pada Sabtu lalu dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS).

    Insiden yang berlaku di Texas itu dikesan oleh Jaringan Bersama UFO berpengkalan di AS (Mufon) pada pagi Sabtu, mengikut beberapa laporan media.

    Seorang saksi yang enggan dikenali membuat laporan mengenai sinaran terang berkelajuan tinggi itu di sebuah lokasi yang turut tidak didedahkan.

    "Saya melihat ke udara dan ternampak dua cahaya terang yang seakan-akan bintang tapi lebih terang.
    "Ia menarik perhatian saya kerana kedua-duanya terbang laju menuju ke arah utara.

    "Terdapat jarak antara kedua-dua cahaya itu, tapi ia menuju ke arah yang sama.

    "Ia terbang sangat tinggi berbanding kapal terbang dan cahayanya semakin malap apabila semakin jauh," kata saksi.

    Sementara itu, UFO berbentuk segi tiga yang memiliki cahaya pusat berwarna jingga dilihat telah 'dikejar' oleh pesawat tentera di kawasan udara Springfield, Missouri yang juga berlaku pada Sabtu lalu.

    Terdapat sebanyak enam kelibat UFO yang dilaporkan kepada Mufon pada Ahad.

    Seorang lagi saksi berkata, dia dan seorang rakan juga melihat terdapat dua objek bulat yang bercahaya terang di Plum City, Wisconsin pada Ahad.

    Sebuah laporan berkata: "Saya menyedari bahawa apa yang saya lihat adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

    "Terkejut! Saya berdiri di situ dan melihat kedua-dua bola yang melayang di langit ketika itu sebelum ia hilang dari pandangan." - Express

    Subjects:

  • No Comment to " UFO ‘Dikejar’ Helikopter Tentera di AS "