• Uber 'Sembunyikan' Kebocoran Data Libatkan 57 Juta Pengguna

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+


    SYARIKAT khidmat pengangkutan atas talian, Uber hari ini mengesahkan telah menyembunyikan kebocoran data yang menjejaskan 57 juta penumpang dan pemandu seluruh dunia pada 2016.

    Menurut laporan Bloomberg, syarikat tersebut juga telah membayar USD$100,000 (RM413,770) kepada penggodam untuk memadamkan data-data tersebut.

    Bekas ketua pegawai eksekutif Uber, Travis Kalanick memaklumkan beliau menyedari perkara tersebut sejak tahun lalu.

    Uber turut memberitahu, para penggodam menemui 57 juta nama, alamat dan nombor telefon penumpang dan pemandu.

    Dari jumlah itu, 600,000 identiti pemandu termasuk butiran lesen mereka terdedah.

    Halaman sumber bagi membantu mereka yang terjejas turut dibuat.

    Setakat ini hanya pemandu ditawarkan perlindungan pemantauan kredit secara percuma. - Awani 

    Subjects:

  • No Comment to " Uber 'Sembunyikan' Kebocoran Data Libatkan 57 Juta Pengguna "