• Tular Universiti Mahu Sperma Untuk Seminar Air Mani

    Published: Wednesday, 15 November 2017
    A- A+

    JAKARTA: Kecoh kalangan pengguna media sosial tempatan konon Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia (UI) mencari sehingga 15 orang yang bersedia mendermakan sperma mereka sendiri.

    Penderma terpilih bakal menerima ganjaran 100,000 rupiah (kira-kira RM30) dan hidangan makan tengah hari selepas selesai melancap dan memancut air mani mereka ke dalam tiub dalam bilik khas disediakan pihak universiti.

    Sperma tersebut dikatakan bakal dijadikan sampel bahan untuk seminar mengenai isu air mani anjuran universiti yang ditubuhkan sejak 1849 itu dan acara bertempat di Gedung IMERI, fakulti berkenaan di sini pada 8 Disember.

    Namun menurut portal ternama tempatan KOMPAS, laporan tersebut kemudian segera dinafikan oleh pihak Fakulti Kedoktoran UI dengan menyatakan cerita berkenaan adalah palsu dan mungkin sengaja dibuat individu tertentu.

    “Kami tidak menyelenggarakan program derma sperma kerana itu hal yang tidak boleh dilakukan di Indonesia sendiri,” kata Budi Wiweko, Pengurus Penyelidikan dan Pengabdian Masyarakat fakulti tersebut pada Rabu.

    Beliau bagaimanapun menjelaskan kepada KOMPAS, seminar mengenai sperma tersebut memang wujud pada tarikh dinyatakan berkenaan dan akan diadakan di Gedung IMERI di UI kampus Salemba, Jakarta Pusat.

    Seminar tersebut namun sama sekali tidak terbuka melibatkan penyertaan orang awam, apatah lagi sampai memerlukan penderma sperma, sebaliknya khusus untuk pelajar perubatan dan penyelidik bidang berkenaan.

    Terdahulu media tempatan melaporkan tular mesej menerusi aplikasi Whatsapp dalam kalangan penuntut fakulti perubatan universiti itu yang memaklumkan amat memerlukan sperma sumbangan mereka bagi program tersebut.

    “Yang kami selenggarakan adalah seumpama bengkel proses inseminasi yang merupakan suatu tindakan perubatan untuk pesakit wanita yang berhasrat hamil selepas bertahun-tahun tidak dikurniakan sebarang anak,” kata Budi.

    Pada seminar tersebut ujarnya, sperma yang akan digunakan untuk bahan perbincangan peserta merupakan air mani yang berasal dari haiwan atau pesakit tertentu sudah tidak dapat dipakai lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Tular Universiti Mahu Sperma Untuk Seminar Air Mani "