• Tular 20 Kontena Musang King Gagal Masuk China

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    Tular berhubung kegagalan 20 kontena durian Musang King memasuki China adalah tidak berasas kata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

    Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata viral berhubung durian Musang King gagal memasuki China kerana kandungan racun serangga yang tinggi adalah tidak berasas dan tak sahih.

    “Buat masa ini durian segar berkulit dari Malaysia masih belum diberikan akses pasaran ke China. Malaysia hanya diberikan kebenaran untuk mengeksport durian separa proses seperti pes dan produk-produk industri asas tani berasaskan durian.

    “Malaysia sedang dalam proses memohon untuk mendapatkan akses pasaran bagi buah durian dalam bentuk biji yang disejuk beku pada suhu bawah -80 selsius melalui proses individual quick freezing (IQF) dan mengekalkan suhu pada suhu -18c.

    “Ini adalah antara kaedah terbaik bagi memastikan durian Malaysia kekal segar dan berkualiti sepanjang rantaian nilai pengeksportan,” katanya menerusi laman facebook.

    Daripada gambar yang viral, rupa durian itu tidak sama dengan bentuk dan sifat Musang King Malaysia.

    Mohd Sallehhuddin mengeluarkan kenyataan itu berikutan penyebaran viral, semalam berhubung 20 kontena durian Musing King yang dikatakan dikembalikan semula ke Malaysia kerana tidak dibenarkan memasuki China.

    Terdahulu, ketika di Festival Durian Malaysia di Nanning awal November baru-baru ini, MOA mendapat kelulusan khas untuk membawa masuk 3.8 tan metrik buah durian berkulit yang disejuk beku hanya bagi tujuan promosi saja. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Tular 20 Kontena Musang King Gagal Masuk China "