• Trump Isytihar Korea Utara Negara Pengganas

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+


    WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytihar Korea Utara sebagai sebuah negara penaja keganasan.

    Trump berikrar Perbendaharaan AS akan mengenakan sekatan terhadap Pyongyang selepas menyenarai hitam negara itu sebagai pengganas bersama Iran dan Syria.

    "Ia sepatutnya dilakukan dulu. Ia sepatutnya dilakukan beberapa tahun lalu," kata Trump merujuk kepada kematian pelajar AS yang ditahan di penjara Korea Utara dan pembunuhan abang Kim Jong-Un.

    Pada masa sama Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson menegaskan Washington masih belum berputus asa untuk mengadakan rundingan untuk menghentikan pendirian rejim Jong-Un terhadap program nuklear negara itu.

    Tillerson berkata, tindakan sekatan yang dikenakan mempunyai kesan yang ketara terhadap ekonomi Pyongyang walaupun China masih belum menghentikan bekalan minyak ke kilang penapisannya.

    "Kami sedar berlaku kekurangan bahan api ketika ini berdasarkan maklumat yang dikumpul hasil risikan.

    "Kami tahu pendapatan mereka mereka berkurangan, jadi saya fikir ia memberi kesan. Ia adalah hasil tidak ada tindakan provokatif dalam tempoh 60 hari. Saya tidak mahu mencadangkan kepada anda tetapi kami berharap ia dapat diteruskan " katanya.

    - Agensi/BH

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Isytihar Korea Utara Negara Pengganas "