• Trump Batal Lawat DMZ Akibat Kabus Tebal

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    SEOUL: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terpaksa membatalkan lawatan mengejut ke zon bebas tentera (DMZ) yang membahagikan dua negara di Semenanjung Korea hari ini, berikutan cuaca buruk.

    Rumah Putih melaporkan, Trump agak berdukacita dengan pembatalan berkenaan.

    Terdahulu, pemimpin Korea Selatan, Moon Jae-in yang terbang ke DMZ ketika cuaca masih dalam keadaan baik dibiarkan menunggu di kawasan sempadan yang dipenuhi pagar elektrik, periuk api dan penghalang kereta kebal itu.

    Rumah Putih sebelum ini melaporkan, Trump yang memaklumkan tidak akan melawat DMZ sudah berlepas dari pangkalan tentera Yongsan di sini, namun helikopter dinaikinya terpaksa berpatah semula kerana kabus tebal.

    Jae-in pula dilaporkan sudah terbang ke sempadan lebih awal dan menunggu Trump di pos kawalan keselamatan sebelum dimaklumkan mengenai pembatalan itu.

    Lawatan oleh Presiden Amerika Syarikat ke DMZ adalah satu kebiasaan sebelum ini bagi menyaksikan lebih dekat pasukan tentera kedua-dua negara yang hanya dipisahkan oleh tembok batu di sepanjang sempadan itu.

    Pengurusan Trump sebelum ini memaklumkan presiden itu tidak akan mengadakan lawatan ke DMZ kerana mendakwa ia sebagai sesuatu yang klise. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Batal Lawat DMZ Akibat Kabus Tebal "