• Tren MRT Singapura berlanggar, 25 cedera

    Published: Wednesday, 15 November 2017
    A- A+
    SINGAPURA: Sebuah tren SMRT bertembung dengan sebuah kereta api yang tidak bergerak di stesen MRT Joo Koon pagi ini, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

    Menurut SCDF, ia dimaklumkan mengenai insiden itu pada 8.33 pagi.

    “Sumber SCDF kini berada di tempat kejadian bagi merawat mereka yang cedera,” menurut pasukan itu dalam catatan terkini mengenai insiden itu di laman Facebook.

    SCDF berkata 25 penumpang yang cedera dibawa ke hospital, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan.

    MRT Joo Koon berada di Laluan Timur-Barat. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Tren MRT Singapura berlanggar, 25 cedera "