• Tragedi Berdarah Di Gereja

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 20 jemaah sebuah gereja Baptist di Texas terbunuh selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang.

    Penembak itu turut terbunuh dalam kejadian tembakan rambang besar-besaran terbaru yang mengejutkan Amerika Syarikat (AS), kata jurucakap Sherif Daerah Guadalupe, Sarjan Robert Murphy.

    Kejadian berlaku di First Baptist Church di Sutherland Springs, sebuah pekan kecil kira-kira 50 kilometer di tenggara San Antonio, lapor media.

    Penembak itu dilaporkan masuk ke dalam gereja yang dihadiri kira-kira 50 orang sebelum melepaskan tembakan.

    Menurut The Dallas Morning News, seorang kanak-kanak berusia dua tahun adalah antara yang cedera. Setakat ini belum jelas bagaimana penembak itu mati. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tragedi Berdarah Di Gereja "