• TPM Rasmikan Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat BN

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+
    Foto: UTUSAN ONLINE/Azli Ahad


    MELAKA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Program Tahunan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

    Program temasya sukan yang berlangsung selama empat hari itu menghimpunkan seramai 580 peserta dari 14 buah negeri termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

    Yang turut hadir, Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan isteri beliau, Datin Seri Fadilah Abdullah yang juga Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat (Bistari) Melaka.

    PTIWRBNM kali ini melibatkan acara badminton dan tenpin boling, kali kedua diadakan tahun ini selepas berlangsung di Kedah pada Februari lalu. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " TPM Rasmikan Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat BN "