• Tokek Harga Juta-Juta Di Malaysia Hanya Jadi Kopi Di Indonesia

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Dulu-dulu, viral sekejap mengenai seekor reptilia yang kononnya boleh mengubati penyakit berbahaya seperti HIV.

    Namanya cicak tokek atau apa sahaja, ikut daerah masing-masing sebut. Maka, berlumba-lumbalah orang mencarinya. Pagi, petang, siang dan malam ramai yang keluar ‘memburu’ haiwan tersebut, terutama di kawasan-kawasan hutan atau yang mana habitatnya lebih mudah untuk ditemui.

    Yalah, dengan ‘harga pasaran’ haiwan tersebut yang dikatakan mencecah jutaan ringgit, pastinya ia mampu membuatkan sesiapa sahaja terliur untuk turut serta dalam pemburuannya.

    Malah katanya, ada yang sanggup mengeluarkan modal membina sangkar dan menyediakan keperluan haiwan tersebut untuk dipelihara, supaya bila sampai masanya, cukup syaratnya bolehlah buat duit dengan menjual tokek itu.

    Namun lain pula apa yang berlaku di negara jiran kita ini, Indonesia. Dekat Malaysia konon harganya juta-juta, disini tokek cuma dibuat serbuk kopi sahaja. Ya, serbuk kopi. Kalau betul harga juta-juta, mungkin itulah kopi paling mahal di dunia. Untunglah siapa yang dapat merasa kopi tersebut.

    Kopi itu bukan sembarangan kopi, ia didakwa boleh menjadi penawar masalah pernafasan yang berpunca daripada masalah keturunan. Prosesnya pun mudah, cuma perlu dibakar tokek tersebut hingga kering, lalu dihancur-hancur menjadi serbuk sahaja, maka terhasilah ‘Kopi Tokek’.

    Namun, untuk menambah rasa dan keenakkannya, masyarakat Sumbawa menambah halia ke dalam campuran tokek tersebut. Masukkan ke dalam lesung kayu, ditumbuk bersama-sama hingga menjadi serbuk.

    Kalau serbuk tokek itu didakwa berfungsi untuk merawat masalah pernafasan, halia pula menjadi penghangat badan dengan, melancarkan perjalanan darah, melegakan demam dan mengurangkan berat badan, kira campuran lengkaplah.

    Katanya enak diminum, tak tahulah. Mungkin ada orang Malaysia yang berminat nak buat Kopi Tokek versi Malaysia kan, bolehlah sama-sama kita cuba.

    Subjects:

  • No Comment to " Tokek Harga Juta-Juta Di Malaysia Hanya Jadi Kopi Di Indonesia "