• Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    Seorang lelaki mengaku terpaksa menipu keluarganya meninggal dunia akibat kebakaran di Grenfell Tower untuk memperoleh wang pampasan sebanyak 12,500 pound sterling.

    Anh Nhu Nguyen mendakwa isteri dan anak lelakinya maut dalam kebakaran di salah sebuah blok pangsapuri tersebut pada 14 Jun lalu.

    Malah gambarnya turut dirakam di sini Putera Charles semasa melawat mangsa kebakaran pangsapuri tersebut.

    Nguyen menyamar sebagai salah seorang mangsa dan diberikan sejumlah wang pampasan daripada Majlis Badan Aman Kensington dan Chelsea.

    Lelaki berusia 52 tahun dari Beckenham, selatan London itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Southwark pada Khamis atas dua pertuduhan.

    Dia didakwa berpura-pura menjadi mangsa kebakaran dan membuat kenyataan palsu untuk mendapatkan pasport.

    Nguyen tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dia membuat pengakuannya menerusi seorang penterjemah.

    Keputusan perbicaraan kes Nguyen akan ditentukan pada 15 Disember ini.

    Lebih 80 mangsa maut dalam kebakaran yang memusnahkan pangsapuri 24 tingkat itu.

    Nguyen diberikan sebuah bilik hotel, pakaian, makanan, barangan elektrik dan wang selepas menyamar sebagai salah seorang mangsa yang terselamat.

    Namun muslihatnya terbongkar selepas dia memberikan beberapa alamat kediaman yang berbeza, ada di antaranya tidak pernah wujud. - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang "