• Tindakan Pembangkang Pertikai Usaha Kaji MA63 Di London Dikesali

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    Seluruh Sarawak teruja dan menyokong langkah proaktif kerajaan negeri untuk mengkaji MA63, melainkan segelintir ahli parti pembangkang yang berpusat di Semenanjung Malaysia, demikian kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

    Menurut Dr Sim, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg menghantar pasukan perundangan ke London untuk nengkaji lebih terperinci mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan fakta-fakta berkaitan yang relevan.

    "Ia amat mengecewakan apabila ada segelintir ahli pembangkang yang mengutuk usaha kerajaan.

    "Ini jelas menunjukkan mereka tidak serius untuk melihat hak-hak Sarawak dijaga," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    Tegas beliau, sentimen rakyat Sarawak di bawah kepimpinan bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem amat kuat untuk mendapatkan semua hak-hak di bawah MA63. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tindakan Pembangkang Pertikai Usaha Kaji MA63 Di London Dikesali "