• Tiga Bekas Bos FIFA Mula Dibicara

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+


    NEW YORK: Perbicaraan kes rasuah membabitkan tiga pemimpin kanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Amerika Selatan bermula di sini selepas dua setengah tahun pegawai anti rasuah Amerika Syarikat membuat penahanan besar-besaran dalam sejarah sukan itu.

    Dalam kes berkenaan, lebih 40 pegawai kanan dan eksekutif pemasaran termasuk tiga syarikat disiasat dan ditahan berhubung beberapa tuduhan berasingan membabitkan sejumlah wang rasuah AS$200 juta (RM940 juta).

    Pegawai pendakwa AS mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes rasuah yang melanda badan induk bola sepak itu pada 27 Mei 2015, sekali gus membersihkan wabak rasuah suku abad yang melanda FIFA.

    Ketika ini, pendakwaan hanya membabitkan tiga pegawai kanan badan bola sepak Amerika Selatan yang dituduh terbabit dalam rangkaian konspirasi menggelapkan wang.

    Pegawai terbabit terdiri Jose Maria Marin, 85, iaitu bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Brazil.

    Dia ditahan polis Switzerland di sebuah hotel mewah di Zurich dan diektradisi selepas membayar wang jaminan dan tinggal di Trump Tower.

    Turut ditahan ialah Naib Presiden FIFA, Juan Angel Napout, 59, dan Manuel Burga, yang mengetuai badan bola sepak Peru sehingga 2014 dan pernah menyandang jawatan ahli jawatankuasa pembangunan.

    Semua tertuduh jika didapati bersalah oleh hakim Pamela Chen boleh dipnjara maksimum 20 tahun. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga Bekas Bos FIFA Mula Dibicara "