• Tidak Perlu Persoal Kepentingan Dokumen MA63

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+
    Foto : Utusan Borneo
    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membidas kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berpendapat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak penting.

    “Saya hanya mahu menegaskan yang saya tidak sependapat dengan Pandikar Amin berhubung MA63. Saya berpendapat, anda tidak boleh memerihalkan Perjanjian Malaysia 1963 tidak penting," katanya.

    Baru-baru ini, Pandikar Amin turut mempersoalkan motif sebenar pihak yang mempersoalkan hak Sabah dan Sarawak di bawah MA6

    "Jika Pandikar Amin mengatakan MA63 tidak penting, beliau silap," kata Abang Johari seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Abang Johari turut menegaskan dokumen-dokumen berkaitan MA63 sangat penting bagi kerajaan negeri kerana hak-hak kewilayahan Sabah, Sarawak Semenanjung Malaysia merupakan asas kepada perjanjian ini.

    Mengenai perkara yang berkaitan, Abang Johari berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai rundingan berkaitan hak autonomi Sarawak dan MA63 selepas perbincangan dengan Pasukan Khas Negeri bersama Perdana Menteri Najib Razak. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tidak Perlu Persoal Kepentingan Dokumen MA63 "