• Tidak Mustahil Sarawak Akan Lahirkan Jack Ma Baru

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+
    Ekonomi digital bukan lagi perkara mustahil untuk dilaksanakan pada masa kini terutama Sarawak yang mempunyai kepimpinan yang mahu melihat ia sebagai amalan yang harus dibudayakan oleh setiap lapisan rakyat negeri ini.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg begitu komited inginkan Sarawak sebagai hab ekonomi digital yang memerlukan keterlibatan rakyat mempraktikkan digital sebagai gaya hidup untuk memperkasakan ekonomi masyarakat justeru meningkatkan ekonomi negeri khasnya.

    Sebagai sebuah negeri yang memiliki geografi begitu luas dan memiliki tanah yang subur untuk pertanian, mekanisma berciri moden harus di praktik agar hasil pertanian dapat dipertingkatkan dan menjadi penyumbang sumber makanan yang terbesar negara mahupun dunia.

    Cara konvensional hanya menghadkan hasil pasaran pertanian kerana tidak dapat diperluaskan dengan pantas serta berada pada tahap yang minima. Namun dengan adanya ekonomi digital, pengusaha kebun diluar bandar mampu memasarkan hasil ke peringkat global.

    Di samping itu pekebun boleh berurusniaga secara langsung kepada pengguna. Atas faktor ini kerajaan negeri menggesa rakyat terus mempraktikkan digital dalam kehidupan harian untuk memaksimumkan pendapatan isi rumah dan Sarawak sebagai negeri termaju akan mencapai sasaran pada tahun 2030.

    Untuk merealisasikan digital terus menjadi salah satu gaya hidup, kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi meningkatkan prasarana serta data internet. Rakyat akan terus mendapat manfaat menerusi ekonomi digital dan tidak mustahil Sarawak akan melahikan seorang lagi Jack Ma pada masa akan datang. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Tidak Mustahil Sarawak Akan Lahirkan Jack Ma Baru "