• Tidak Mustahil Rampas Sibu & Lanang - Abang Johari

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin tidak ada yang mustahil untuk merampas kembali kerusi parlimen Sibu dan Lanang pada pilihan raya umum akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak percaya peluang masih ada untuk parti BN memenangi kedua-dua kerusi berkenaan.

    "Jika pengundi merasakan BN mempunyai matlamat untuk masa depan yng cerah, mereka boleh bersikap rasional untuk menyokong.

    "Mereka boleh mengundi BN. Ini adalah peluang perjuangan," katanya.

    Bercakap mengenai kemungkinan calon langsung digunakan seperti pilihanraya negeri yang lalu, Abang Johari memberitahu perkara tersebut akan diketahui kemudian hari.

    "Tentang perkata itu kita akan tahu nanti. Saya tidak pasti," ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Tidak Mustahil Rampas Sibu & Lanang - Abang Johari "