• Tiba Masa SUPP, UPP Bersatu Demi Kebaikan BN

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+

    Pertelagahan yang melanda kem Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) perlu dihentikan segera demi kebaikan Barisan Nasional (BN) terutama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Bagi penganalisis politik, Profesor Madya Dr Jeniri Amir, kedua-dua parti tersebut sepatutnya memberi tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat menerusi BN dan bukannya bergerak secara sendirian.

    "Saya percaya mereka boleh merampas Sarikei dan Sibu pada PRU14 yang mungkin diadakan pada Mac tahun depan.

    "Jika SUPP dan UPP bekerjasama, BN Sarawak boleh meningkatkan kerusi dimenangi daripada 25 kepada 27 pada PRU14," katanya.

    Menurutnya, konflik antara kedua-dua parti perlu diketepikan sebaliknya memberi keutamaan kepada meraih kemenangan.

    "Ini sahaja cara agar suara komuniti Cina di Sarawak lebih kedengaran di Parlimen," ujarnya.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), SUPP kalah semua tujuh kerusi selain Serian yang dimenangi Datuk Seri Richard Riot.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Tiba Masa SUPP, UPP Bersatu Demi Kebaikan BN "