• Tiada Sebab Mengapa Saya Perlu Ditukar - Richard Riot

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+

    SERIAN: Bantahan terhadap saya bukan daripada kalangan pengundi Serian, tiada sebab mengapa saya perlu ditukar, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richar Riot Jaem.

    Menurutnya, dia melakukan tugas dengan telus dan baik serta tidak pernah mengabaikan tugas untuk rakyat mahupun kerajaan Barisan Nasional (BN).

    "Mudah sahaja, saya akan berkhidmat untuk anda lima tahun akan datang dengan sebaik-baiknya," jelas beliau dipetik Utusan Borneo.

    Beliau yang merupakan Timbalan Presiden SUPP berkata, tidak perlu baginya untuk berkata apa-apa kerana tidak ada orang lain selain beliau yang layak menyandang kerusi Parlimen Serian. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tiada Sebab Mengapa Saya Perlu Ditukar - Richard Riot "