• Terus Kekal Presiden PBB, Abang Jo Dapat Sokongan PBB Cawangan Tupong

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+


    Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tupong yang kini diketuai oleh Fazzrudin Abdul Rahman mengemukakan usul menyokong penuh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk kekal menyandang jawatan presiden PBB.

    Memetik laporan Utusan Borneo, PBB Tupong turut mengemukakan usul untuk menyokong pencalonan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan sebagai timbalan presiden.

    Mereka turut menyokong sepenuhnya Datuk Seri Fadillah Yusof untuk terus menjadi wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Petra Jaya sekaligus sebagai calon bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

    "Semua ahli parti harus memastikan PBB sentiasa relevan dan menyumbang usaha serta menghargai pengorbanan yang telah dibuat pemimpin-pemimpin terdahulu di peringkat tertinggi hingga ranting," kata Fazzruddun.

    Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong turut menyeru supaya ahli PBB menyahut seruan ketua menteri untuk mengambil peluang terhadap ekonomi digital dan menjadi pengantara kerajaan dan masyarakat bagi menjelaskan inisiatif tersebut.

    Fazzrudin yang baru sahaja menang tanpa bertanding telah dilantik sebagai ketua parti cawangan Tupong untuk tempoh tiga tahun bermula 2017 hingga 2020 mengambil alih kerusi yang diduduki bekas ketua cawangan, Allahyarham Datuk Daud Abdul Rahman.  - Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Terus Kekal Presiden PBB, Abang Jo Dapat Sokongan PBB Cawangan Tupong "