• Terus Daftar Ahli Untuk Perkuatkan PBB

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    Umum mengetahui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sering melakar keputusan cemerlang setiap kali pilihan raya, kepimpinan tertinggi parti tersebut tetap berharap pendaftaran ahli baharu dapat dibuat secara berterusan.

    Ini kerana pendaftaran ahli baharu dari semasa ke semasa dapat terus meningkatkan kekuatan parti tersebut.

    Naib Presiden PBB, Datuk Talib Zulpilip berkata, pendaftaran ahli baharu perlu diberi keutamaan di setiap cawangan atau ranting.

    "Di cawangan tertentu, orang baharu (ahli) menolak kerana bimbang kehilangan rantng. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya, pendaftaran ahli baharu merupakan tugas utama setiap cawangan dan ranting PBB.

    Setiausaha Agung PBB Dato Sri Dr Stephen Rundu berkata, integriti sahaja tidak akan meletakkan parti pada landasan yang sepatutnya.

    "Kita perlu mengekalkan corak kepimpinan terbaik selain tidak boleh bersifat angkuh dan mesti berkhidmat dengan penuh penuh kemanusiaan.

    "Kekuatan kita adalah sifat rendah diri yang menjadi budaya PBB," ujarnya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Terus Daftar Ahli Untuk Perkuatkan PBB "