• Terperangkap Dalam Rumah Sendiri, Wanita Terpaksa Minta Bantuan Bomba

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Seorang wanita berusia 38 tahun terpaksa menghubungi pihak bomba selepas terperangkap dalam rumah yang didiaminya di Chonglin Park petang tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa terperangkap di bahagian ruang tamu rumah tersebut.

    "Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat," katanya.

    Sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuching dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.-Sarawakiana



  • No Comment to " Terperangkap Dalam Rumah Sendiri, Wanita Terpaksa Minta Bantuan Bomba "