• 'Terima Kasih PM' - Keluarga Anwar

    Published: Saturday, 18 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kunjungan beliau, hari ini.

    Anwar kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahu kanan, beberapa hari lalu.

    Anak Anwar, Ihsan dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial berkata, beliau turut memohon jasa baik kerajaan bagi mempertimbangkan permohonan keluarganya supaya bapanya dibenarkan menjalani rawatan di luar penjara sepenuhnya.

    "Saya berharap budi bicara yang ditunjukkan setakat ini turut dipanjangkan kepada permohonan untuk membenarkan ayah kami mendapat rawatan di kemudahan perubatan luar penjara untuk tempoh selama yang mungkin," kata Ihsan.

    Kenyataan itu turut merakamkan ucapan terima kasih pihak keluarga Anwar kepada pasukan perubatan HKL dan kakitangan penjara di atas perkhidmatan dan bantuan mereka. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " 'Terima Kasih PM' - Keluarga Anwar "