• Terima Kasih Kerajaan - Penduduk Sungai Limo

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Usaha kerajaan negeri menyelesaikan isu membabitkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) khasnya di Kampung Sungai Limo, Lundu mendapat pujian daripada penduduk kampung terbabit.

    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Limo Goh Kim Chong berkata, isu NCR telah dibangkitkan sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu lalu dan kini mendapat respon positif daripada kerajaan.

    "Kami berterima kasih kepada kerajaan bersetuju mengembalikan tanah NCR kepada penduduk.

    "Walaupun masih banyak lagi tanah NCR yang belum mencapai kata putus, kami tetap yakin dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.

    Jelas Chong, isu NCR bukan mudah untuk diselesaikan dengan segera tetapi rakyat perlu bersabar dan yakin kerajaan akan mencari jalan penyelesaian terbaik.

    "Kami penduduk Sungai Limo tetap berdiri teguh di belakang kerajaan kerana hanya kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat mampu menyelesaikan masalah NCR penduduk.

    "Bagi memudahkan urusan, penduduk perlu ikut prosedur yang lengkap dan mengurus isu berkaitan NCR menerusi saluran yang betul dan bukan mengikut kata pembangkang," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Terima Kasih Kerajaan - Penduduk Sungai Limo "