• Tergantung Di Pagar Besi

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    Lelaki tanpa identiti ditemui tergantung di pagar besi dalam semak berhampiran bangunan RTM lama, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, tengah hari semalam.

    Mayat lelaki itu ditemui lelaki dikenali sebagai Wong, 30, pada 1.30 tengah hari sebelum menghubungi pihak polis.

    Wong berkata, ketika kejadian, dia sedang membaiki keretanya di bengkel stesen minyak yang terletak berhampiran lokasi kejadian sebelum dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengatakan menemui mayat tergantung.

    "Saya terus ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 meter dari bengkel dan terkejut apabila melihat lelaki dalam keadaan tidak bernyawa tergantung di pagar besi.

    "Saya kemudian terus menghubungi talian kecemasan 999 mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

    Difahamkan, lelaki terbabit dipercayai sudah meninggal dunia sejak semalam dan pemeriksaan polis menemui seutas tali di poket seluar sebelah kiri.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih diteruskan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tergantung Di Pagar Besi "