• Terdapat Pemimpin Akar Umbi Berkempen Menentang Dasar Kerajaan?

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+
    Pemimpin akar umbi seperti ketua masyarakat, ketua kaum, kaunsilor dan sebagainya adalah medium terbaik kerajaan bagi menyebar maklumat tentang dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat.

    Ketika pilihanraya tenaga pemimpin akar umbi penggerak jentera kerajaan untuk meraih sokongan daripada rakyat. Ini kerana pemimpin tersebut adalah mata dan telinga kerajaan bagi mendapat maklum balas masalah rakyat.

    Yang peliknya ada di kalangan pemimpin tersebut tidak bersikap seperti ejen kerajaan. Di saat pilihanraya semakin hampir, semakin galak pemimpin tersebut berkempen mengajak orang ramai menentang dasar kerajaan.

    Segelintir mereka tidak memahami bagaimana sistem kerajaan berfungsi, namun sering mendapat tempat atau jawatan tertentu dikalangan masyarakat atas alasan mereka merupakan orang kepercayaan ‘YB’.

    Itu antara keluhan rakyat biasa yang sering didengar apa bila menyentuh soal fungsi serta peranan pemimpin masyarakat.

    Golongan tersebut juga selalunya pemegang jawatan penting parti politik diperingkat ranting mahupun cawangan, namun terang-terangan mempromosi calon pembangkang walhal mereka inilah yang sentiasa “cari makan” dari sumber parti pemerintah.

    Kerajaan membayar elaun untuk mereka berkhidmat kepada rakyat dan membantu kerajaan dalam apa jua masalah yang dihadapi. Malangnya mereka lebih kepada keuntungan peribadi.

    Gejala ini bukanlah masalah baru, malah terus dipertahan kerana mereka merupakan orang rapat dan paling dipercayai ‘YB’. Walaupun ‘beliau’ adalah ‘conman’ yang terkenal dikalangan rakyat biasa. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Terdapat Pemimpin Akar Umbi Berkempen Menentang Dasar Kerajaan? "