• Temui mayat dipercayai dilibas senjata tajam

    Published: Sunday, 19 November 2017
    A- A+


    KLANG: Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai ditikam di beberapa bahagian badan, di Jalan Kasban, Meru, awal pagi tadi.

    Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, berkata mangsa dipercayai warga asing ditemui jam 2 pagi tadi ketika mayatnya mahu dibuang di kawasan perindustrian Meru.

    Katanya, berdasarkan kecederaan di badan mangsa yang berusia awal 20-an itu, polis percaya dia turut diseksa dan dilibas dengan senjata tajam sebelum dibunuh.

    "Mangsa ditikam di bahagian dada, perut, badan dan lengan sebelum dibungkus menggunakan selimut dan dibawa menaiki sebuah motosikal oleh dua suspek untuk dibuang.

    "Ketika melalui Jalan Kasban, mangsa dipercayai terjatuh dan dua suspek cuba mengangkat semula mayat mangsa.

    "Tindakan dua suspek itu terhenti selepas seorang lelaki melalui kawasan berkenaan dan melihat kejadian itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Jambatan Ketiga Klang, di sini, hari ini.

    Mazelan berkata, dua suspek itu cuba menyerang lelaki terbabit menggunakan parang tetapi lelaki itu dapat melarikan diri.

    Katanya, lelaki berkenaan datang semula ke lokasi kejadian bersama empat rakan lain dan menemui mayat mangsa.

    "Sejurus sampai, dua suspek melarikan diri dan meninggalkan mayat di tepi jalan.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Majikan yang kehilangan pekerja diminta menghubungi Balai Polis Klang Utara," katanya.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Temui mayat dipercayai dilibas senjata tajam "